Thursday, September 24, 2009

Pengangkutan dan perhubungan awal.
1.Pada zaman dahulu,perhubungan dilakukan melalui jalan darat dan air.
2.Faktor yang mempengaruhi perhubungan adalah bentuk muka bumi,urusan
perdagangan,dan keselamatan.
3.Masyarakat menggunakan lorongan dan denai untuk mencari hasil hutan.
4.pengangkutan melalui jalan darat lazimnya menggunakan gajah,kereta lembu
dan berjalan kaki.
5.Kebanyakkan jalan darat awal tertumpu di tepi sungai kerana kawasan ini
adalah rata.
6.Jalan air,iaitu sungai dan laut penting untuk mengangkut penumpang dan
mengangkut hasil pertanian.
7.Perahu,rakit,dan jong digunakan untuk mengangkut barangan dan orang.
8.Manusia pada zaman dahulu menggunakan isyarat asap dan bunyi untuk
menyebarkan maklumat.
9.Alat perhubungan awal menggunakan isyarat bunyi seperti asap,beduk,
ketuk-ketuk,dan laungan.
10.Kelemahan sistem pengangkutan dan perhubungan awal adalah kurang cekap
dan memakan masa yang lama.
Keperluan pengangkutan dan perhubungan awal pada zaman penjajah.
1.Kedatangan british telah menyebabkan perkembangan pengangkutan dan perhubungan.
2.Kerajaan british membina landasan kereta api untuk mengangkut bijih timah.
3.Landasan kereta api pertama dibina dari taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang)bagi
mengangkut bijih timah untuk dieksport.
4.Panjang landasan kereta api ialah 13 km.
5.Pada tahun 1891,landasan kereta api dibina dari seremban ke Port Dickson.
6.Seterusnya,landasan kereta api dibina:
1.Pada zaman dahulu,perhubungan dilakukan melalui jalan darat dan air.
2.Faktor yang mempengaruhi perhubungan adalah bentuk muka bumi,urusan
perdagangan,dan keselamatan.
3.Masyarakat menggunakan lorongan dan denai untuk mencari hasil hutan.
4.pengangkutan melalui jalan darat lazimnya menggunakan gajah,kereta lembu
dan berjalan kaki.
5.Kebanyakkan jalan darat awal tertumpu di tepi sungai kerana kawasan ini
adalah rata.
6.Jalan air,iaitu sungai dan laut penting untuk mengangkut penumpang dan
mengangkut hasil pertanian.
7.Perahu,rakit,dan jong digunakan untuk mengangkut barangan dan orang.
8.Manusia pada zaman dahulu menggunakan isyarat asap dan bunyi untuk
menyebarkan maklumat.
9.Alat perhubungan awal menggunakan isyarat bunyi seperti asap,beduk,
ketuk-ketuk,dan laungan.
10.Kelemahan sistem pengangkutan dan perhubungan awal adalah kurang cekap
dan memakan masa yang lama.
Keperluan pengangkutan dan perhubungan awal pada zaman penjajah.
1.Kedatangan british telah menyebabkan perkembangan pengangkutan dan perhubungan.
2.Kerajaan british membina landasan kereta api untuk mengangkut bijih timah.
3.Landasan kereta api pertama dibina dari taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang)bagi
mengangkut bijih timah untuk dieksport.
4.Panjang landasan kereta api ialah 13 km.
5.Pada tahun 1891,landasan kereta api dibina dari seremban ke Port Dickson.
6.Seterusnya,landasan kereta api dibina:
a)Kuala Lumpur - Port Swettenham (Pelabuhan Klang)
b)Tapah - Teluk Anson (Teluk Intan)
c)Jesselton (Kota Kinabalu) - Beaufort
7.Perkembangan jaringan kereta api telah mengubah kegiatan ekonomi negara daripada sara diri kepada ekonomi eksport.
8.Jaringan kereta api pantai barat semenanjung Malaysia lebih maju daripada pantai timur semenanjung Malaysia.
9.Jalan raya dibina hasil daripada perkembangan perlombongan bijih timah di kawasan pedalaman.
10.Jalan raya pertama dibina ialah jalan kereta lembu.Pembinaannya dari Taiping-Matang-Krian-Seberang Perai.
11.Pada peringkat awal,pengangkutan yang diguna ialah kereta lembu lanca ,dan kereta kuda.
12.Penemuan enjin dan kenderaan menjadikan sistem pengangkutan jalan raya lebih penting daripada landasan kereta api.
13.Pada zaman penjajah,pengangkutan air penting untuk memgangkut bekalan makanan,jentera dan buruh.Sementara juga mengendalikan urus niaga import dan eksport.
14.Kapal wap dugunakan untuk mengeksport hasil bijih timah ke Britian.
15.Perkembangan jalan air menggalakkan pembukaan beberapa pelabuhan seperti Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Port Dickson.
16.Perhubungan awal yang diperkenalkan oleh penjajah British adalah pos,telegraf dan telefon.
17.Perkhidmatan pos melibatkan mengangkut surat khabar,pengendalian surat-menyurat,bungkusan dan insurans.
18.Pada tahun 1862,Jabatan Perkhidmatan Pos ditubuhkan di Pulau Pinang untuk mengendalikan surat-menyurat.
19.Perkhidmatan telegraf merupakan kaedah perhubungan pantas dan dibina sepanjang landasan kereta api.
20.Telefon digunakan untuk tujuan pentadbiran,perniagaan dan pengusaha estet.
PETEMPATAN
PETEMPATAN AWAL
1.Petempatan adalah suatu tempat tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain melalui
pelbagai aktiviti.
2.Petempatan awal di dunia bermula di Lembah Sungai Tigris-Euphrates.Lembah Sungai Nil,
Lembangan Sungai Indus dan Lembangan Hwang He.
3.Lokasi petempatan awal terdapat di lembangan sungai,lembah sungai,muara sungai
kaki bukit,pinggir laut dan gua.
4.Faktor-faktor mempengaruhi petempatan adalah:-
-sumber air -bekalan makanan
-keselamatan -kedudukan yang strategik
-tanah pamah -kemudahan pengangkutan
5.Di negara Malaysia,tapak petempatan awal terletak di gua,bukit,pinggir pantai,delta,muara
sungai dan tanah pamah.
6.Petempatan awal di Malaysia tertumpu di Lembah Bujang(kedah), Kota Tampan(Perak), Melaka,Johor Lama(Johor) dan Gua Niah(Sarawak).
Jenis Petempatan
1.Terdapat dua jenis petempatan iaitu petempatan luar bandar dan petempatan bandar.
2.Faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan ini ialah fungsi,saiz penduduk dan
keadatan penduduk.
3.Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan luar bandar ialah bentuk muka bumi,
sumber air,kegiatan ekonomi,dasar kerajaan,ketersampaian dan tanih.
a)Bentuk muka bumi
-Tanah pamah yang rata dan landai sesuai dijadikan pertanian dan petempatan.
-Kawasan beralun sesuai untuk menanam getah dan kelapa sawit.
-Kawasan tanah tinggi sesuai untuk penanaman hawa sederhana.
-Kawasan yang rendah dan berpaya tidak sesuai dijadikan tapak petempatan kerana berpaya,dan mudah mengalami banjir.
b)Sumber air
-Terletak di tepi sungai dan pantai senang memperolehi sumber air untuk kegunaan hari dan
jalan air semulajadi.
-Sumber protein diperoleh daripada sungai dan tasik.
-Air sungai boleh digunakan untuk pengairan.
-Sungai menyediakan pengangkutan dan perhubungan.
c)Tanih
-Tanih aluvium subur untuk penanaman padi.
-Tanih laterit yang beralun dan bersaliran baik yang sesuai untuk penanaman getah dan kelapa
sawit.
-Tanih berpasir sesuai untuk tanaman kelapa.
d)Kegiatan ekonomi
-Kawasan pertanian seperti kawasan penanam padi di Dataran Kedah-Perlis,Dataran Kelantan,Tanjung Karang di Selangor dan Paya Besar di Pahang.
-Kegiatan perikanan di pinggir pantai menggalakkan petempatan.
-Perlombongan bijih besi di Kuala Rompin.
-Perlombongan bijih timah di Sungai Lembing, Pahang.
e)Ketersampaian
-Tahap ketersampaian bermaksud keadaan sama ada mudah untuk sampai ke suatu tempat.
-Ptempatan luar bandar terletak sepanjang pinggir pantai dan sungai kerana mudah dihubungi.
-Contoh KApit dan Song di tebing Sungai Rajang.
f)Rancangan kerajaan
-Rancangan pembangunan tanah seperti FELDA telah diwujudkan petempatan terancang di luar
bandar.
-Mengusahakan ladang kelapa sawit dan getah.
-Kemudahan asas seperti jalan raya,bekalan air dan elektrik disediakan.
-Contoh FElda Gugusan Sahabat di Sabah,Jengka Segi Tiga di Pahang,Felda Air Tawar dan Kota
Tinggi di Johor.
POLA PETEMPATAN
1.Pola petempatan merujuk kepada corak susun atur bangunan.
2.Susun atur bangunan atau rumah sesuatu petempatan adalah berbeza dan mempunyai corak
yang berbeza.
3.Terdapat beberapa jenis pola petempatan iaitu :-
POLA PETEMPATAN BERSELERAK
-terbentuk apabila rumah dan bangunan dibina berselerak dan berjauhan di antara satu sama
dengan yang lain.
-dapat dihubungi melalui lorong kaki atau denai.
-terdapat di kebun kecil getah,pinggir hutan dan kebun sayur.
POLA PETEMPATAN BERPUSAT
-mempunyai tanda panduan
-bangunan dibina rapat-rapat di sekeliling tumpuan.
-terdapat banyak kemudahan seperti pejabat daerah,rumah ibadat,sekolah,balai polis dan
pejabat pos.
POLA PETEMPATAN BERJAJAR
-di bina sepanjang jalan raya,sepanjang jalan kereta api,pinggir pantai,di sepanjang terusan,di
sepanjang permatang pasir,di sepanjang tetambak.
POLA PETEMPATAN BERKELOMPOK
-kurang padat berbanding dengan petempatan berpusat.
-terdapat di muara sungai,simpang jalan,ladang getah atau ladanh kelapa sawit,perkampungan
nelayan.
Subscribe to:
Posts (Atom)